Tips Untuk Peserta Karnival Rakan Media 2010

{ Posted on May 24 2010 by fuhyoofm }

DjaMm berkongsi sesuatu untuk peserta….

====================================================

Salam 1Malaysia saya ucapkan kepada semua warga FuhYooFM terutama kepada semua pendengar yang berada diluar sana kerna tidak jemu-jemu mendengarkan FuhYooFM setiap masa dan menjadikan FuhYooFM sebagai satu platform untuk anda mengetahui isu semasa dlm institusi pendidikan tanah air, syabas untuk anda! Kali ini saya menulis satu entri khas untuk berkongsi tips sebagai seorang personaliti di FuhYooFM.

klickfm-juara1-300x224

DjaMm ketika membuat persembahan tahun lalu

Mungkin anda semua sudah dimaklumkan bahawa pada 29 Mei 2010 akan diadakan satu ” Pertandingan Rakan Media 2010 ” di Plaza Angsana,JB pada jam 10.00am. Sebelum itu saya banyak terima sms dan email para perserta dari beberapa buah sekolah yang mengambil bahagian dalam acara tersebut bertanyakan tips bagaimana nak menang dalam acara tersebut. Disini saya tegaskan, bagaimana nak menang itu bukanlah kita punya target sebenarnya, tetapi bagaimana kita nak buat yang TERBAIK dalam acara tersebut.

dj-amm-personaliti-terbaik-91x300Pada tahun lepas saya telah membuat persediaan selama seminggu lebih awal dimana harinya bermula begini.

Pada waktu ini saya dan team saya mempunyai masa selama tujuh hari sahaja lagi menjelang pertandingan itu, semua ahli kumpulan sudah ready dengan skrip masing-masing dan menumpukan sepenuhnya pada tugas masing-masing, di SMKBBU.fm kami berlatih 5 jam sehari sebelum pertandingan dimana 3 jam berada dikonti, 2 jam secara sendirian. Setiap perserta wajib melakukan sesi latihan secara sendirian. Hal ini kerana, kita akan bertambah fokus dan mudah ingat.

Bagi saya pula, saya sentiasa mendengar radio terutamanya mendengar laporan trafik, berita, dan sebagainya. Kenapa perlu dengar radio? Sebenarnya apabila kita mendengar radio, kita dapat mengenal pasti apa yang kekurangan dalam skrip kita, kemungkinan kita perlu menambah itu ini, atau sebagainya.

Selain itu, pada minggu ini saya sudah tidak minum ais(pada mulanya susah jugak nak buat, redahh je!) apa lagi untuk menjaga suara la.hehe pada minggu ini juga saya perbanyakkan senaman ringan dan melakukan penafasan dalaman, penafasan dalaman bermaksud kita menahan nafas dengan lama. Apabila kita selalu melakukan aktiviti ini, saluran pernafasan kita akan rasa lebih stabil dan elok untuk bacaan skrip tanpa menggelabah! (al-maklum laa bila dah naik pentas, macam-macam boleh jadi).

Skrip?? Ramai peserta emailkan kepada saya untuk bertanya bagaimana nak buat skrip dengan baik? Jawapannya terdapat dalam diri anda, anda tahu buat karangan?rumusan?ringkasan?penulisan? Jika anda pandai buat semua itu, InsyaAllah anda boleh buat skrip. Mengapa saya mengatakan begitu. Hal ini kerana, buat skrip ini ibarat kita buat penulisan. Dan setiap penulisan itu mempunyai isi, kalau isinya bagus karangannya pun bagus. Macam skrip juga, kalau skrip bagus markahnya pun bagus! Jadi bagaimana nak buat karangan, senang aja carilah buku-buku karangan kalau takda pun, jadikan surat khabar sebagai rujukan. Memang agak-agak malas rasanya nak cari bahan semua ini, tetapi saya ingat kata-kata guru saya, ” amm, adakah orang berilmu itu sama dengan orang yang tidak berilmu?” Jawabnya ” Tidak kan, kenapa? Kalau nak sesuatu itu carilah ilmunya walaupun kedasar lautan ” renung-renungkanlah..

Jaga kesihatan itu faktor yang paling penting, kalau semua dah ready tetapi kesihatan anda tak ready semua tak jalan brader oii. Seminggu sebelum hari pertandingan, jagalah kesihatan anda, jaga makanan anda, jaga perbuatan anda bak kata semua kena jagalah. Kalau makanan elakkan makan makanan yang pedas-pedas kerana anda nak menjaga suara, dan perbanyakkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Elakkan juga makan makanan yang segera. Dari segi minuman pula, elakkan minum yang bergas dan perbanyakkan minum air suam(kalau boleh amalkan minum air suam..hehe). Jelaslah apapun bentuk kehidupan yang anda hadapi, berikan diri anda yang terbaik setiap hari

Kita sebagai umat Islam wajib sentiasa berdoa kepada Allah serta melakukan perkara wajib dan perbanyakkan amalan sunat, dimana saya minta anda sentiasalah melakukan solat hajat dan minta kepada-Nya supaya segalanya berjalan dengan lancar dihari pertandingan dan memberi ketenangan hati sewaktu membuat persembahan, pemikiran menjadi tenang dan tidak berserabut. Dan disini saya ingin kongsikan jika anda ingin mempunyai suara yang baik dan merdu amalkan zikir asma-ulhusna niatkan dihati untuk suara merdu. InsyaAllah atas kurniaaNya.  Minda positif, tubuh sihat dan ALLAH sentiasa dibawa bersama barulah kehidupan kita selamat.

Disini sahajalah saya ingin berkongsi tips yang saya amalkan, jika anda masih ada keraguan atau ingin bertanyakan apa-apa soalan kepada saya bolehlah emelkan di amm9229@gmail.com. Ucapan saya untuk anda semua, semoga buat yang terbaik, kerna bukan untuk anda sahaja tetapi untuk sekolah anda. Akhir kata dari saya ” Apa yang anda lakukan hari ini adalah mencerminkan diri anda pada masa akan datang, maksudnya apa yang anda buat sekarang untuk masa depan anda sendiri “

-aMm-

pemenang-pertama-bbu-300x202


Bersama piala kemenangan hasil usaha ‘Team Work’

====================================================

DjaMm adalah personaliti FuhYooFM yang lahir daripada Karnival Rakan Media 2009. Acara itu telah berlangsung di UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru pada bulan April 2009. Bekas penuntut SMK Bandar Banru UDA, Johor Bahru. Kini melanjutkan pelajaran di salah sebuah IPTS di Melaka. Dalam pertandingan tersebut, beliau telah berjaya membawa team nya menjulang piala kemenangan sebagai juara berkumpulan dan beliau sendiri dinobatkan sebagai personaliti terbaik ketika itu. Semoga perkongsian ini memberi banyak manfaat kepada semua peserta. Tahniah dan terima kasih! – Fuhyoofm.

Post a Comment