Tarikh 16 Dec 2009
Salam Siaran 1Malaysia
Tarikh 16 Dec 2009
Mungkin tidak ada apa yang istimewa bagi kebanyakkan orang. Tapi bagi kami warga kerja Radio Internet FuhYooFM, ianya amat bererti sekali. Kerana apa… ahaa.. kerana pada tarikh itu akan berlangsung majlis pelancaran laman web syarikat kami iaitu Fitrah Media dot com syarikat yang bertanggung jawab mengurus dan mengawal selia perjalanan radio internet FuhYooFM.
Kami merancang satu majlis yang sederhana tetapi meriah. Sudah pasti majlis ini akan disiarkan secara langsung di FuhYooFM. Waktunya telah ditetapkan pada jam 08:30 mlm dan bakal dirasmikan oleh YB Tn Hj Adam Sumiru, ADUN Tg Puteri.
Tapi mintak maaflah kepada pendengar yang kami tak jemput sama memeriahkah majlis ini kerana jemputan kami terhad ya.Lagipun ruang yang terhad untuk majlis pelancaran ini hanya boleh memuatkan sekitar 30 ke 40 orang sahaja.
Serentak majlis pelancaran laman web berwajah baru ini, ialah pembukaan rasmi Fitrah Media Commercial Center (FMCC), sabuah tempat serba guna yang boleh disewa dengan kadar sewa yang cukup berpatutan. Sesuai untu perbincangan, mensyuarat, bengkel, kursus dan sebaginya yang tidak memerlukan ruang yang luas dan peserta yang ramai.
Ini kerana bilik-bilik di FMCC ini terhad kepada 10 ke 15 orang peserta untuk satu-satu masa.
Jadi kalau nak tahu lebih lanjut tunggu tarikh pembukaan rasminya pada 16 Dec nanti.


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================
