Selamat Pagi Cikgu! Kami Terlambat. Maafkan Kami… Maafkan Kami….
Salam siaran 1Malaysia
Memulakan minggu yang baru dalam bulan Januari ini, rupanya kita telahpun berada di minggu terakhir. Wah cepatnya masa berlalu. Benarkah begitu! Atau kita saja yang sering ketinggalan.
Hj Rodwan -Guru Besar SK Tanjung Puteri (Berdiri) memerhati perjalanan bengkel
.. Apapun itulah hakikatnya. Kita sering saja merasakan tidak kecukupan waktu, sedang hakikatnya jumlah waktu dalam sehari tidak pernah berbeza. Masing-masing diperuntukkan 24 jam sehari untuk membereskan segala urusan.
Baiklah, hari ini kami di Johor masih lagi dalam keadaan berkabung berikutan kemangkatan DYMM Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada Sabtu lepas, 23 Januari 2010. Dari itu di radio internet Fuhyoofm dot com merafak takziah kepada kerabat DiRaja yang kami sayangi. Sekalung Al-Fatihah untuk Almarhun Duli Tuanku…
Dalam entry kali ini, ingin kami berkongsi sedikit cerita mengenai salah satu kegiatan yang berlangsung pada hujung minggu lepas di SK Tanjung Puteri, sebuah sekolah rendah yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Stadium Tan Sri Datuk Hj Hassan Yunus, Larkin Bandaraya Johor Bahru.
DjSenja sedang menemubual Tuan Guru Besar
Aktiviti yang dimaksudkan ialah Bengkel Asas Penerbitan khusus untuk guru-guru yang terlibat dalam program Kelab Media Radio Sekolah. Perlu diingatkan SK Tanjung Puteri merupakan sekolah yang ke 12 kami jalankan progran ini. Kalau diambilkira sekolah rendah pula, ini merupakan
sekolah yang ke 4 selepas SK Intan, Kluang, SK Taman Suria dan SK Tasek Utara, dimana ke dua-duanya terletak dalam DUN Tanjung Puteri, Johor Bahru.
Biasa mengajar, hari ini kena belajar pulak! 2 orang guru SK Tanjung Puteri sedang asyik menghadham ilmu yang dikongsi Team Fitrah Media
Berbalik kepada Bengkel Asas Penerbitan ini, sebenarnya menerusi Program Kokurikulum Kelab Media Radio Sekolah ini, sekolah terlibat akan didedahkan dengan dua modul. Satu dikenali dengan Bengkel asas Penerbitan khusus untuk guru-guru terlibat dan satu lagi adalah untuk murid-murid dikenali sebagai Bengkel Asas Penyiaran.
Tujuannya ialah untuk memberi pendedahan awal kepada guru-guru mengenai beberapa aspek penerbitan rancangan radio yang amat penting dalam pengendalian radio sekolah yang bakal dilancarkan nanti. Antaranya ialah bagaimana untuk membuat rakaman suara, menyunting, mengadun bunyi dan sebagainya. Perkara ini kedengaran sedikit susah tetapi hakikatnya amatlah mudah apabila guru-guru telah mula menguasai kemahiran ini dibantu pula oleh software yang dibekalkan secara percuma iaitu AUDACITY.Perkara ini diakui oleh kebanyakkan guru yang terlibat dalam program sebelum ini.
Dah penat berbengkel, jom minum dulu..
Berbalik kepada Bengkel Asas Penerbitan yang dianjurkan pada minggu lepas, melangkah saja ke bangunan makmal komputer SK Tanjung Puteri ini, kami agak terkejut kerana begitu ramai sekali guru-guru yang telah sedia menanti kehadiran kami. Kami difahamkan seramai 16 orang guru telah hadir dan mereka kesemuanya adalah dari kalangan ketua-ketua Panitia sekolah terbabit.
Inilah wajah-wajah GPK SK Tanjung Puteri
Wah! memang sesuatu yang di luar dugaan. Bolehlah dikatakan mencatat rekod tersendiri daripada segi kehadiran guru-guru sepanjang kami berbengkel selama ini. Sesungguhnya kami Team Fitrah Media amat terharu dan berbesar hati dengan sambutan yang diberikan.
Kami menjadi lebih bersemangat untuk menjadikan proggram ini sebagai salah satu proggram koko yang amat berfaedah kepada murid-murid dan warga sekolah.
Wah! Sedap jugak suaraku..
En Hanif FMe IT Teknikal sedang memantau peserta bengkel
Siapa kata Cikgu tak minat broadcasting
DjSenja, DjBadd Pn Habsah dan rakan2 dalam sesi membahagi2kn minuman
Team Fitrah Media (FMe) kali ini menurunkan En. Mohd. Marzuki Ismail a.k.a. DjSenja dan En. BadrulZaman Ismail a.k.a. DjBadd selaku koordinator sementara En. Amir Adam dan En. Hanif Hamid bertindak sebagai pembantu teknikal dan IT.
Keseluruhannya bengkel pada hari itu telah berjalan lancar. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru-guru amat mengujakan kami. Apa tidaknya bengkel yang sepatutnya tamat pada jam 1 tengahari, telah berlanjutan melewati hampir jam 2 petang.
Tuan guru besar memperkatakan sesuatu kepada Djsenja. DjBadd mendengar penuh khusyuk
DjBadd dengan Gaya penyampaian yang santai
Tak sabar nak cuba ni... Djsenja ni tak habis2 cakap lagi. Tak penatker!
Lambat lagi ker? Dah pukul 1 ni. Hari minggu pulak tu..
En Hanif sedang menurunkan ilmu kepada peserta
Namun kami puas apabila sedikit ilmu dan kemahiran yang cuba kami kongsikan bersama, disambut dengan hati yang terbuka oleh kalangan pendidik ini, meskipun hakikatnya bidang penyiaran ini amat jauh berbeza daripada tugas hakiki mereka setiap hari.
Hendaknya janganlah ianya menjadi penghalang kepada usaha kita untuk memberikan sesuatu yang berbeza dan mempunyai nilai tambah kepada anak bangsa yang belajar di SK Tanjung Puteri ini.
Sekalung tahniah kepada barisan pentadbir sekolah ini yang diketuai Tuan Guru Besarnya iaitu Hj Rodwan Ahmad(bersama sepanjang bengkel berlangsung), Puan Habsah Md Onn selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM), Pn. Zainab Abu Bakar GPK 1, Pn Hjh Samsiah Jeri GPK Koko, Pn Zalila Ahmad GPK Petang, Guru-guru Penolong Kanan yang lain, Ketua-Ketua Panitia dan semua guru dan warga sekolah yang terbabit dalam program ini.
Masa kecederaan Djsenja sedang memerhati DjBadd yang masih rancak berceloteh sewaktu jam telahpun melewati pukul 1.30 tgh
Di akhir bengkel peserta makin bersemangat menghadham segala ilmu yang dikongsi
Kami Team Fitrah Media menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kalau ada keterlanjuran kata dan tingkahlaku sepanjang berbengkel. Inilah sedikit sumbangan ikhlas kami untuk melihat anak bangsa yang masih di awal usia ini, berpeluang meneroka satu bidang yang berbeza daripada apa yang biasa mereka lihat dan alami di sekolah saban hari, tetapi tetap mempunyai matlamat dan tujuan yang sama iaitu untuk membentuk jati diri dan mencipta kecemerlangan di kalangan pelajar. Semoga segala usaha murni ini diberkati Allah SWT. Amin!
Dengarkan Audio Temubual Hj Rodhuan Ahmad Guru Besar SK Tanjung Puteri
Audio 1
Audio 2
Audio 3


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================

sangat menarik, terima kasih