Sekolah Teknik JB: Bengkel Asas Penyiaran

{ Posted on Feb 24 2010 by fuhyoofm }

Salam siaran 1Malaysia
teknik 2

InsyaAllah kalau tiada aral melintang dan semuanya berjalan lancar, Team Fuhyoofm akan sekali lagi turun padang untuk Bengkel Asas Penyiaran. Kali ini tiba pula giliran Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru mengambil peluang mengaplikasikan program ini kepada pelajar-pelajar mereka.

Tahniah diucapkan. Semoga ini adalah pilihan yang tepat dan akan membantu sekolah ini melahirkan ikon hebat dalam bidang penyiaran negara suatu hari nanti.

Tadi pagi sampai tengahari, DjSenja dan HBO telah melawat lokasi bengkel yang bakal berlangsung pada Jumaat dan Sabtu ini. Semuanya nampak selesa dan telah bersiap sedia. Hanya menunggu tiba harinya saja.

Baiklah kita jumpa di Sekolah Teknik Johor Bahru pada ketetapan berikut:

Acara : Bengkel Asas Penyiaran
Tarikh: 26&27 Feb 2010
Masa : 08:00 pg – 04:00 ptg

Salam..

Post a Comment