Malam Ini Layan Bro Zamrin Di FuhyooFM

{ Posted on Jan 06 2010 by fuhyoofm }

Salam siaran 1Malaysiasebut-betul-betul

InsyaAllah kalau tiada aral melintang, malam ini jam 8mlm bro Zamrin dari zamrin.com akan mengendalikan slot khas di Radio Internet FuhYooFM.com. Apakah nama slot ini, kami akan minta pendengar fuhyoofm untuk menamakannya malam nanti.

Anda boleh memasuki ruang sembang fuhyoofm untuk memberikan nama cadangan anda atau boleh skype dengan Bro Zamrin secara langsung ketika program keudara.

Ataupun anda sekadar ingin mendengar lagu-lagu permintaan bro Zamrin tetap akan memenuhi permintaan anda itu. Tapi kami berpendapat adalah amat rugi kalau kita biarkan Bro Zamrin dan para blogger lain serta IM seperti SmartZul dari smartusaha.com dan DjIjad dari Rohaizad.com hanya melayani lagu permintaan.

Kalau macam tu dj lainpun boleh buat. Sedangkan mereka adalah ikon kepada dunia internet marketing di Malaysia. Mereka menDeeJay ada misi iaitu untuk menyebar luaskan sebanyak mungkin info berkaitan secara percuma. Kami terbaca satu komen menarik dalam blog Bro Zamrin. Pembaca itu menyamakan taraf mereka ini(bloggers n IM tempatan) dengan artis.

Kami berpendapat kenyataan itu berasas kerana mereka sememangnya punya ramai pengikut. Kalau tak percaya cuba intai-intai berapa ramai pengikut Smartzul di FB, Berapa ramai pula yang sentiasa online di blog Rohaizad dan berapa ramai pulak mailing list Bro Zamrin? Itu baru satu dua contoh. Banyak lagi contoh yang lain. Silap-silap artispun kalah beb:)

Maka terserah anda yang budiman. Sila kemukakan cadangan anda. Adakah anda mahu DjBlogger dan IM ini onair sekadar melayani ucapan dan lagu ataupun anda mahukan lebih daripada itu? Pandangan dan pendapat anda boleh disalurkan menerusi ruangan komen di bawah.

Sekian Wassalam.

Post a Comment