Majlis Penyerahan Tabung Nusantara

{ Posted on Nov 20 2009 by fuhyoofm }
Categories : cerita fuhyoofm

Ptang ni InsyaAllh akan berlangsung majlis penyerahan Tabung bantuan Bencana Nusantara NSTP-Media Prima oleh Tn Hj Adam Sumiru ADUN Tg Puteri. Ikut jadual majlis ini akan bermula bermula jam 3 petang.

Tabung ini telah dilancarkan pada 3Okt 2009 yang lalu sempena Rumah Terbuka Aidlfitri YB Adam yang telah berlangsung di dewan Kg Dato’ Onn Jaafar, Larkin JB.

Sejak tarikh itu tabung ini telah dibawa pusing ke sekolah-sekolah melalui Kelab Media radio sekolah untuk memudahkan pelajar dan warga sekolah membuat sumbangan.

Image Hosted by ImageShack.us

Antara sekolah yang menyokong usaha ini termasuklah SM Bandar Baru UDA, SK Tasek Utara, SM St Joseph dan UiTM.

Petang ini sumbangan yang terkumpul akan diserahkan kepada wakil NSTP oleh YB Tn Hj Adam sumiru.

Radio Internet Fuhyoofm akan menyiarkan Majlis penyerahan ini secara  ‘live’ ke pendengaran anda. So, Tunggu jam 3 ptg nanti di www.fuhyoofm.com.

Image Hosted by ImageShack.us

Post a Comment