Karnival Rakan Media 2010 meletopppps..
Salam Siaran 1Malaysia
Rata-rata itulah ungkapan yang terpacul dari mulut kalangan peserta, guru-guru, hadirin mahupun penganjur.. Memang benar kata En. Aziz How memang melatopss… Apa tidaknya semua peserta telah menunjukkan komitmen yang amat tinggi. Masing-masing bersaing dengan sengit sekali sehingga ada yang terlebih masa daripada waktu yang sepatutnya.
Apapun Tahniah kepada pemenang kumpulan terbaik dan personaliti Fuhyoofm,… SMK Saint Joseph atau lebih glamour dengan nama SanJoFM… Nampaknya tahun ini mereka bolot habis hampir semua kategori. Nasib baik kategori DJ terbaik tidak dibolot sama..:)
Juara SMK Saint Joseph
Bagi kategori DJ terbaik, Shahrol Anuar Ismail (DjShah) telah berjaya merangkul gelaran tersebut selepas DjAMm mengunggulinya pada tahun lepas. Ya kalau 2009 tahun SMK BBU, nampaknya tahun 2010 ini adalah milik SMK Saint joseph.
DjShah dan Cikgu Wahidah SK Komplek UDA
Kita juga tidak dapat menafikan tentangan hebat daripada SMK (perempuan) Sultan Ismail – SIGS – dan SM Teknik JB.. Semuanya hebat-hebat belaka.
Tahniah juga kepada SK Tasek Utara yang telah muncul juara kumpulan terbaik bagi kategori sekolah rendah. Bagi kategori ini juga persaingan amat sengit. SK Kompleks Uda mengikuti rapat sebagai naib johan bagi kategori ini. Juga saingan hebat diberikan SK Tanjung Puteri dan SK Taman Suria.
Personaliti SK Tasek n SK Tanjung Puteri
Keseluruhannya 8 buah sekolah masuk bertanding dengan 9 kumpulan kerana SK Tasek Utara telah menghantar dua penyertaan.. hebat… hebat.. sesuai dengan tema karnival untuk tahun ini “Revolusi Media Pencetus Kegemilangan”
Hj Aminudin, YB Adam, En Harun, En Aziz How dan Cikgu Nazifah
Sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat… Tn Hj Adam Sumiru ADUN Tanjung Puteri yang telah sudi menutup rasmi acara ini, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru – Tuan Hj Aminudin Bin Adam, Hj Taufik, En. Nordin, En Aziz haw dan semua kakitangan, Plaza Angsana JB,… Perpustakaan Sultan Ismail, AADK, Semua guru dan sekolah yang terlibat, pelajar dan murid SMK dan SK.. serta orang perseorangan yang telah memberikan sumbangan hadiah samada dalam bentuk wang tunai mahupun barangan. Sesungguhnya sumbangan anda amat kami sanjung tinggi. InsAllah tahun hadapan kita berjumpa lagi.
Guru dan pelajar SMK Saint Joseph bergambar kenangan bersama tetamu vip
P/s: Banyak lagi foto dan cerita boleh anda lihat DI SINI


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================
