Jumpa Lagi Dalam Bengkel Asas Penyiaran
Salam Siaran 1Malaysia
Murid SK Bandar UDA 2 sedang ‘onair’ sempena lawatan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin ke sekolah mereka baru-baru ini
Ya, kita jumpa lagi. Kali ini di SMK Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Ini antara sekolah terawal yang membuat bengkel Asas Penyiaran – 3 tahun lalu – Juga sekolah paling ramai melahirkan ‘bintang’ broadcasting.
Di antaranya Adik Mohaimin aka DjaMm, Soleh Anuar aka DjAnn, Nabieha aka DjBieha, Shafika aka DjEka, Shahrul Anuar aka DjShah, Shahrizul aka DjZul dan ramai lagi.
Apakah bengkel kali ini bakal melahirkan lebih ramai lagi insan hebat dalam bidang penyiaran radio ini? Satu persoalan yang menarik. Sama-samalah kita nantikan…
Apa yang pasti peserta kali ini semuanya fresh. Belum pernah terlibat dalam bidang broadcasting. Jadi kita tunggukan sajalah hasilnya nanti.
Peserta Bengkel Asas Penyiaran di SIGS


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================
