Jom Dengar Cerita Kami.

{ Posted on Jan 28 2010 by fuhyoofm }

Salam Siaran 1Malaysia

fuhyoofm5

Apa khabar pendengar semua. Kami di FuhYooFM sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami dan sentiasa mendengar kami setiap kali anda ‘beronline’.

Segalanya itu menjadikan kami lebih bermotivasi untuk meneruskan perjuangan ini walau adakalanya terasa payah dan memenatkan. Tetapi itulah cabaran buat kami yang harus kami tempuhi dengan sabar dan senyum.

Satu perkara yang perlu kami kongsi dengan anda, selain daripada mengendalikan siaran radio internet, kami turut terlibat menganjurkan bengkel dan kursus di sekolah. Kalau minggu lepas baru saja berakhir Bengkel Asas Penerbitan di SK Tanjung Puteri, akan datang pula kami mungkin akan berbengkel di SM Teknik Johor Bahru dan UiTM kampus Bandaraya.

bengkel muridbengkel 3

Aktiviti di luar konti sebegini sememangnya  memberikan satu pengalaman baru yang amat berharga kepada kami. Apa tidaknya menerusi aktiviti sebegini membuka peluang kepada kami untuk bertemu dengan pelbagai lapisan daripada kalangan dunia pendidikan. Daripada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah, guru-guru dan pentadbir sekolah sehinggalah pegawai-pegawai pendidikan dan pengarah mereka.

Semuanya itu mengajar kami erti sebuah perhubungan dan pentingnya membina hubungan yang baik terhadap semua lapisan masyarakat. Pengalaman ini tidak mungkin kami perolehi kalau hanya berkurung di dalam konti.

Itulah kelebihan menjadi orang broadcasting. Kami diajar untuk meneroka apa jua bidang dan kongsikan bersama pendengar. Rancangan Dunia IE misalnya berjaya membuka minda kami mengenai satu lagi cabang dalam dunia internet yang boleh diaplikasikan untuk menjana pendapatan.

dunia-ie

Perkara sebegini amat berguna dan bernilai untuk dikongsi bersama pendengar kami. Bagi yang sudah tahu dan berada dalam bidang menjana pendapatan secara online ini,  mungkin mereka merasakan info ni dah basi. Tetapi tidak kepada ramai pendengar di luar sana yang masih dahagakan info sebegini. Itulah sebabnya kami bergabung dengan para blogger dan IM tempatan untuk menjadikan proggram Dunia IE ini sebagai salah satu TOP Ranking di Fuhyoofm dot com.

Ianya akan menjadi kenyataan kalau mendapat sokongan padu daripada anda semua. Memang kami sedar rancangan berbentuk informasi sebegini bukan mudah untuk memancing minat pendengar. Tapi itulah cabaran buat kami. Kami telah berikan yang terbaik, terserah anda untuk menjadikan ianya berguna atau sebaliknya.

Salam

Post a Comment