Ibubapa.. Apa Anak Kita Buat!
Salam siaran…
Tajuk tu macam busy body pulak bunyinya. Apapun, adakalanya kita kena ‘menyibuk’ ambik tahu apa anak kita buat waktu kita tidak bersama mereka.
Baiklah dalam post kali ini Djsenja tidak bermaksud untuk mengupas panjang lebar tentang tajuk tu. Semua diantara kita telah faham benar tanggungjawab masing-masing dan kita tidak pulak suka kalau selalu diingat-ingatkan.
Namun ibubapa,..

adakalanya kita terlepas pandang beberapa perkara khususnya bila menyangkut perihal anak-anak dan sekolah. Contohnya pernahkah kita turut serta dalam sebarang aktiviti yang dianjurkan, atau sekurang-kurangnya kita ambik tahu apa yang berlaku.
Percayalah anak-anak akan berasa bangga kalau ibubapa ‘join’ sekali dalam aktiviti sekolah mereka. Umpamanya kalau ada bengkel, seminar, solat hajat, mensyuarat PIBG (dah berapa lama kita tak hadir yer!).
Semalam Djsenja sempat menghadirkan diri dalam mesyuarat PIBG SK Parit Selangor, Pontian. Anak yang sulung sekolah kat situ. Pada awalnya macam malas nak join. maklumlah hari Ahad, duduk rumah sambil bermalas-malasan di depan TV alangkah syoknya.
Tapi, kata-kata anak telah membuatkan Djsenja berubah fikiran. Antara dialog anak berbunyi macam ne. Lebih kuranglah yer.
“Abah tak pergi ker sekolah abang Elmey (anak bahasakan dirinya abang). Cikgu kata abah kena pergi, lagipun abang Elmey yang dapat surat tu. Nanti Cikgu tanya Abang Elmey, kenapa abah tak datang!…”
Gitulah lebih kurang bunyi dialognya. Kata-kata tu membuatkan DjSenja tersentak. Apa lagi capai kunci kereta dan terus menuju ke sekolah yang terletak lebih kurang 8km dari rumah (sebab waktu tu dak pukul 8:15 pg.. meeting start pukul 8:30 pg).
Mesyuarat pagi tu dirasmikan oleh ADUN Kukup, dalam Parlimen Tanjung Piai (Penghujung benua Asia) YB Datuk Mohamad Yosuf atau lebih glamer dengan gelaran Datuk MOY – selain ahli politik beliau adalah seorang ahli perniangaan yang terlibat dalam penerbitan beberapa majalah humor popular antaranya majalah UJANG.

- Datuk MOY rasmi mesyuarat PIBG SK Parit Selangor
Baiklah apa yang Djsenja nak katakan, pergilah dan joinlah dan luangkan masa menghadirikan diri untuk sebarang aktiviti di sekolah anak anda. Dari situ anda akan tahu banyak perkara dan boleh menyumbang banyak idea. Kalau yang ada rezeki lebih bolehlah bantu isi tabung PIBG supaya lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan. Semuanya bukan untuk sesiapa melainkan untuk kepentingan pembelajaran anak-anak kita juga.
Baiklah.. sampai jumpa lagi .. Wassaalm!


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================

Promosi Maulidur Rasul…jangan lepaskan peluang! Layari anep-enterprise.blogspot.com