Gang Dan Pendengar
Salam Siaran 1Malaysia
Kami lebih suka menggelar pendengar kami ‘geng’ fuhyoofm. Bukan apa kalau
pendengar tu dah macam radio biasa pulak(radio fm). Kami Radio Internet dan semua yang mendengar kami adalah geng kami. Kalau tak geng mesti dia orang tak dengarkan.
Lagipun kat internet diaorang lebih banyak sumber untuk mendapatkan hiburan. Boleh tonton video, dengar mp3, dengar ceramah agama dan macam-macam lagi. Pendek kata ada macam-macam sumber yang boleh menghiburkan diorang.
Jadi di Radio Internet FuhYooFM kami berikan kelainan. Dengar lagu tetap dengar lagu jugak. Tapi kami lebihkan informasi. Itupun tak adalah yang berat-berat sangat. Info yang diselitkan juga secara santai. Kami tak mahulah pendengar asyik dengar lagu jer. Kalau nak dengar lagu, banyak sumber lain, macam yang kami tulis kat atas tu.
Matlamat kami untuk menjadikan fuhyoofm sebagai salah satu sumber maklumat. Sambil berhibur, sambil mendengar, sambil belajar. Harap-harap pendengar kami akan faham dan dapat menerima konsep ini. Walaupun pada awalnya kami mungkin akan kehilangan pendengar (yg sukakan hiburan semata) tapi tak per kami masih ada gang yang setia dan dapat menerima konsep kami.


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================
