FuhyooFM Live Di SMK BBU Sabtu Ini!

{ Posted on Jun 11 2009 by fuhyoofm }


Salam Siaran.

Apa khabar anda? Sambil baca post kali ini, sambil dengar lagu tema Hari Belia ya. Eh! kenapa tiba2 DjSenja bercakap fasal belia. Kan dah sambut pada bulan Mei lalu.

Ya memang betul, tapi….. Sebenarnya kami (Radio FuhyooFM) baru jer mendapat undangan secara rasmi untuk membuat siaran langsung sempena program Rakan muda sekolah yang akan berlangsung Sabtu ini – 13 June 2009 di Sekolah Menengah Bandar Baru Uda, JB.

Undangan tersebut disampaikan sendiri oleh En. Naem – Pegawai Belia Johor Bahru (terima kasih E. Naem kerana sudi datang ke studio kami yang tak seindah ini..)

Beliaupun sempat ditemubual oleh HBO dan rakaman temubual tersebut sedang disiarkan di FuhyooFM. (nanti kami akan uploadkan dan anda semua boleh dengar bila free) Sebenarnya banyak maklumat penting mengenai belia dan rakan muda yang kita semua perlu tahu. Program mereka dikenali sebagai JOM Centre! JOM – J-Jumpa O-Orang M-Muda.

So, kalau nak tahu lebih lanjut tentang program ni, jangan lupa ke SMK BBU nanti. Baiklah kat bawah ni sertakan butirannya supaya anda tak lupa;
Program : Karnival Rakan Muda Sekolah
Tempat : Perkarangan SMK BBU, JB
Tarikh : 13 June 2009
Waktu : 08:00AM-03:00PM

Program ini bakal dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor. Siaran FuhyooFM pada hari tersebut akan dikendalikan oleh Ahli Kelab Media sekolah tersebut. Anda jangan tak tahu mereka ni pernah menjuarai pertandingan Rakan Media 2009 di UiTM pada April lalu. Yang tak tahu cerita boleh baca di sini.

Ok cukup sampai sini. Jumpa lagi dan terus dengar FuhyooFM.

P/S: FuhyooFM tengah pindah rumah! Tukar thame dan tukar hosting. So kalau anda ke sana jangan terkejut kalau terjumpa keadaannya tunggang-langgan sikit. Tapi still boleh dengar FuhyooFM macam biasa, sebab kami operasi 24 jam setiap hari.

PP/s: Terima kasih Bro Ijad yang tolong setlekan pasal web design dan segala macam hal yang berkaitan. Tanpa pertolongan kamu, huru-haralah kami..hehe

PPP/S: Terima kasih gak untuk E.Suhaimi aka Shut tuan tanah Sempoi Hosting yang ‘tak banyak soal’ bila kami kata nak pindah. Malah beliau membantu segala proses sehingga menjadikan ianya mudah dan sempurna. TQ Bro, anda memang Pro.

Post a Comment