FMCC Selamat DiLancarkan

{ Posted on Dec 17 2009 by fuhyoofm }

Hari ini sejak awal pagi saya dah terpacak di pejabat Radio Internet FuhYooFM. Walaupun malam tadi sampai rumah lewat jam 2 pagi, hari ini masih mampu sampai awal. Semuanya kerana memikirkan komitmen kepada radio internet kesayangan kami ini.

sebut-betul-betul

Malam tadi baru saja berlangsung Majlis perasmian laman web kami yang baru. Serentak itu juga pembukaan rasmi Fitrah Media Commercial Center(FMCC), sebuah tempat serbaguna yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan aktiviti.

YB 2

Di depan HBO, YB dan En Taufik Pegawai PPD JB

Seperti yang diwar-warkan sejak beberapa hari yang lalu, malam tadi tarikh 16 Dec 2009 hari Rabu malam Khamis, tercatatlah satu lagi sejarah dalam dairi warga kerja Fitrah Media Enterprise apabila majlis perasmian laman web Fitrahmedia.com dan fuhyoofm.com telah selamat disempurnakan oleh YB Tuan Haji Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri sekitar jam 08:45 malam.

DJ HANZ

Sharizul @ DJ Hanz – Juruacara majlis

Sebelum itu tepat jam 08:30 malam majlis telah dimulakan oleh pengacara majlis iaitu sdr Sharizul(Dj Hanz) dengan menjemput ustaz Munir daripada SK Tasek Utara untuk memimpin bacaan doa.

USTAZ MUNIR

Ustaz Munir memimpin bacaan doa selamat

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengurus Operasi FuhYooFM encik Harun Omar(HBO). Beliau mewakili warga kerja Radio Internet FuhYooFM mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu yang hadir khususnya kepada YB Tuan Haji Adam Sumiru, ADUN Tanjung Puteri.

HBO 2En Harun Omar aka HBO menyampaikan ucapan aluan

Walaupun ada komitmen lain tetapi beliau mengutamakan majlis ini tanda sokongan yang tidak berbelah bagi. Terima kasih YB!

YB3

Ucapan peraasmian oleh YB Hj Adam Sumiru

Selain itu kehadiran 3 orang pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru, Encik Taufik Hamzah,  encik Nordin Saudi  dan encik Aziz Abdullah, menjadikan kami lebih bersemangat kerana kehadiran mereka seakan memberi restu terhadap apa yang kami usahakan selama ini.

KONTI

YB Adam dan En Taufik PPD JB di konti fuhyoofm sambil memerhatikan
Dj Ann sedang bertugas

Seterusnya tibalah masanya untuk ucapan perasmian oleh YB, di mana beliau melihat kewujudan Radio Internet FuhYooFM mempunyai keunikan tersendiri berbanding pesaing kerana media ini memplopori bidang pendidikan yang lebih menjurus kepada anak-anak sekolah. Dengan kandungan program yang dipersembahkan sebegitu rupa, sudah pasti mampu menarik khalayak pendengar yang tidak terlalu mementingkan hiburan semata-mata.

fmcc-1

Menyentuh mengenai FMCC pula beliau yakin tempat ini akan menjadi one stop centre untuk pelbagai tujuan dan aktiviti. Ditambah pula dengan bayaran sewa yang tidak masuk akal dan kemudahan   asas yang berada pada tahap hampir  sempurna, FMCC bakal menjadi pilihan kepada usahawan dan penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti mereka.

ROHAIZADBro Rohaizad mulakan presentation. Kalau dia tiada, tidak tahulah apa yg akan terjadi dengan projek ini. Naik syok mendengar pembentangan beliau!

DLM PANGGUNGKasi gelap dulu Macam dalam panggung

Majlis malam tadi memang cukup santai. Tambahan pulak Bro Ijad amat sempoi bila present web baru fuhyoofm.com dan fitrahmedia.com.   Hampir 40 minit jugak bro ni ambik masa untuk lengkapkan sesi presentationnya.

Ok habis tu ada sedikit jamuan ringan. Selepas YB dan tetamu melawat konti uhYooFM, maka tibalah masa untuk sidang blogger. Kira macam sidang ahbarlah. Tapi kerana kami menjemput semuanya bloggers maka kami namakan sidang blogger.

BINCANGSidang Blogger bermula YB Adam, Zaki, Nueman dan bro Zamrin

Pada awalnya kami menjangkakan sidang ini akan berakhir sekitar setengah jam gitu. Tapi apa yang berlaku. Ya! sidang ini bermula lebih kurang jam 10:30 malam dan nak tahu sampai pukul berapa? Ya.. sampai nak dekat-dekat jam 12:30 tgh malam baru habis. Punyalah seronok bersoal jawab sampai tak sedar masa berlalu.

BLOGER 2SmartZul, WanMus, Zamrin dan Nueman

Kesiannya rakan blogger yang bawak anak kecil, dah terlentuk budak tu. Apa nak buat dah ayahnya seorang blogger.

Sedikit mengenai sidang blogger;  yang hadir Chief rohaizad, SmartZul, Zamrin, Zaki, Hirman, NuaemanWanMus, Zairizad (maaf kalau ada yang tertinggal).

Memang banyak yang dibincang malam tu. Banyak juga idea yang dijana dan boleh dimajukan untuk memantapkan lagi FuhYooFM.

DJ AMM YBCenderahati untuk Dj Amm yang akan berpindah ke Terengganu. Ada sesuatu yang mencuit hati YB kot!

Kami hanya insan kerdil. Kehadiran nama-nama besar ini membuatkan kami rasa amat terharu. Apalah yang mampu dikatakan selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga. Kami amat faham, para blogger dan IM ini datang membawa sekali nama dan maruah mereka. InsyaAllah  Radio Internet FuhYooFM akan melakukan yang terbaik sebagai tanda mengenang budi. Hanya Allah SWT saja yang mampu membalas keihklasan hati kalian.Amin!

Post a Comment