Dua Proggram Mengisi Hujung Minggu Ini

{ Posted on Apr 22 2009 by fuhyoofm }

Salam siaran

Hujung minggu memang saat yang selalu dinantikan. Maklumlah ada yang dah plan macam2. Atau sekadar menghabiskan  aktivity bersama keluarga.

Apapun hujung minggu ini (Jumaat -24hb- Sabtu-25hb dan Ahad -26hb)  adalah hari yang sibuk bagi Djsenja dan Team FuhyooFm.

Bermula hari Jumaat jam 2.30 ptg kami akan berkampung di Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim – SIGS- sebuah sekolah yang cukup glamour di JB ni.

Buat ape  kami di sana? Hantar rombongan meminang ker? Oowh! Tidah sekali. Dia orang tu masih belajar lagi.. Jangan cuba-cuba arr.. hehe..
Nak tahu baca selanjutnya…

Sebenarnya kami ada Bengkel Asas Penyiaran (Basic Broadcasting  Workshop) yang akan berlangsung selama 2 hari di sana. SIGS merupakan sekolah yang ke 10 menjalankan aktiviti ini sebagai salah satu pengisian proggram ko krikulum mereka.

Ok kepada pelajar Kelab Media SIGS tunggukan kehadiran Gang FuhyooFm di tempat anda. Kalau tak ada aral melintang kami juga akan membuat siaran langsung dari sana nanti. Doakan semuanya berjalan lancar.

Pelajar SMK Kota Puteri dalam bengkel yang pernah dianjurkanPelajar SMK Kota Puteri dalam bengkel yang pernah dianjurkan

Proggram kedua ialah Proggram Kembara Jalinan Kasih Palestin anjuran syarikat jualan langsung DCL sektor JB. Acara ini akan berlangsung pada 26hb April 2009 bertempat di Pusat Servis DCL Larkin Perdana bermula jam 09:00 pagi hingga 11:mlm. Banyak acara menarik disediakan pihak penganjur. Jadi anda semua warga JB dan pengedar DCL dijemput hadir memeriah acara ini.

Kalau nak tahu lebih lanjut jom tengok video ni. Awak dlm video ni namanya linda. Salah seorang staff DCL JB. Klu nak jumpa dia jemputlah datang yer!!

Ok semuga enjoy. Jumpa nanti untuk update bengkel.. wassalam.

Post a Comment