Countdown Tahun Baru bersama Bloggers dan IM di FuhYooFM Dot Com
Salam siaran 1Malaysia
Malam 31 Dec 2009 para blogger dan IM tempatan yang ada di sekitar Bandaraya Johor Bahru berkampung di pejabat FuhYooFM. InsyaAllah mereka datang dengan satu misi untuk sama-sama membantu mempromosikan fuhyoofm dot com agar mampu menerobos ke ruang minda sebahagian daripada pelayar internet di alam maya ini.
Berdasarkan pengaruh dan nama besar mereka seperti Smartzul, Rohaizad, Zamrin, WanMus, Nueman, cyza, Shaffik, Zairizad dan ramai lagi, tidak mustahil impian itu akan tercapai.
Buat persiapan terakhir sebelum keudara Smartzul,Zairizad,WanMus, Rohaizad
Mengapa kami katakan impian! Ya fuhyoofm dot com bukanlah satu nama besar. Kami yang berada di belakangnya pula bukanlah orang-orang yang berpengaruh di dunia siber. Apa yang kami ada hanyalah suatu impian dan sedikit pengalaman dalah dunia broadcasting. Itupun di dunia offline.
Namun berbekalkan impian itu, kami mengatur langkah untuk sama-sama bersaing. Belum cuba belum tahu dan kami bukanlah jenis yang mudah mengalah. Kalau melihat sejarah fuhyoofm dot com, radio internet ini adalah kesinambungan daripada apa yang kami lakukan sejak berbelas tahun lamanya ketika bertugas di radio fm dulu.
Pengalaman itulah yng cuba kami terapkan dalam menjadikan fuhyoofm dot com sebagai pemain utama radio internet berteraskan pendidikan ini. Itulah sebabnya kami gunakan tagline “Lebih Berilmu Dan Berinformasi” ketika di awal bersiaran dahulu. Malah sehingga kini ramai dj kami yang seakan telah sinonim dengan sebutan itu, meskipun kami telah memperkenalkan satu lagi tagline yang lebih catchy iaitu “Sebut Betul Betul”.
Ramai yang menyoal mengapa kami libatkan para blogger dan IM tempatan. Tidak dapat dinafikan ini salah satu strategi bisness. Namun ingin kami tegaskan bukan semuanya berterskan bisness semata. Ianya lebih kepada hubungan dan kepercayaan. Bayangkan kalau anda seorang internet marketer atau seorang blogger, tiba-tiba datang seseorang membuat tawaran, sedangkan anda tidak mengenali individu terbabit, adakah anda akan terus menerima tawaran itu? Anda ada nama dan maruah yang harus dijaga. Tersilap langkah, buruk padahnya. Kami cukup yakin dan pasti, anda tidak akan sewenang-wenangnya menerima tawaran itu. Bukankah dunia internet itu berpaksikan kepercayaan.
Pelanggan membeli produk andapun kerana mereka percayakan anda. Begitu jugalah kami dalam membina hubungan dengan para blogger dan IM ini. Ianya mengambil masa untuk membina kepercayaan itu dan paling penting hubungan secara offline telah lama terjalin. Terus terang saya katakan saya telah bekerjasama dengan Smartzul dan Zamrin sejak tahun 2006 lagi ketika bertugas di Best 104 dulu. Masa tu saya mengundang mereka untuk menjadi tetamu satu program khas sempena sambutan kemerdekaan. Sementara Rohaizad pula saya kenali menerusi artikel-artikel tulisan di blog beliau sejak sekian lama.Sehinggalah pada awal tahun 2009 saya bertemu beliau untuk satu urusan bisness offline. Tak sangka pulak beliau melihat potensi besar daripada apa yang kami usahakan selama ini.
Anda kenal Rohaizad bukan? Anda juga tahu siapa Smartzul dan Zamrin! Mereka bukanlah calang-calang dalam industri ini. Dan bukan calang-calang pula mereka akan bekerjasama dengan sembarangan orang. Jadi kalau masih ada yang menyoal, mengapa fuhyoofm dot com melibatkan para blogger dan IM ini, anda tahu jawapannya. Ianya bukan soal duit atau sesuatu yang bersifat keuntungan semata-mata. Misinya lebih besar daripada itu. Insya Allah saya akan usahakan untuk menemubual mereka nanti dan anda dengarlah sediri daripada mulut mereka apa jawapannya. Begitu juga dengan para blogger dan IM yang lain.
Sesungguhnya fuhyoofm dot com sangat terhutang budi dengan kalian. Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. Tanpa kalian yang menulis di blog, bercerita di forum-forum, di FB, menulis kepada mailing list dan sebagainya, tidak mungkin fuhyoofm dot com akan dikenali seperti hari ini. Jauh di sudut hati kami, kami mahukan hubungan ini berterusan dalam situasi menang-menang. Sesuatu yang perlu difahami Fuhyoofm dot com amat perlukan kalian kerana perjalanan ini baru bermula. Kalau ada salah dan silap, kekurangan di mana-mana, kami mintak maaf banyak-banyak. Kamipun manusia biasa yang tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Kalau kami tersasar, tegur-tegurlah kami kerana tidak ada sesuatu yang lebih bermakna dalam memperbaiki kesilapan selain daripada teguran ikhlas seorang sahabat!Walaupun pahit tetapi itulah ubat dan penawar.
Sempena menyambut tahun baru 2010 ini, kami di fuhyoofm dot com membuka pintu seluas-luasnya kepada para blogger dan IM seluruh negara, hatta rakan-rakan di Singapura, Brunei, Indonesia dan di mana juga yang memahami bahasa Melayu ini, untuk berkongsi dan menyumbang sesuatu demi kebaikan anak bangsa khsusnya adik-adik kita, anak-anak kita yang masih di bangku sekolah itu. Bantulah kami dalam membimbing mereka mengenali dunia keusahawanan internet ini ketika masih di awal usia. Agar nanti apabila dewasa mereka tidak akan terdorong untuk melakukan sesuatu yang tidak beretika khusunya apabila bercakap soal keusahawanan internet (internet interprenuer).
Kami telah sediakan platformnya (Program Dunia IE), marilah sama-sama kita gunakan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran menggunakan medium yang berbeza sedikit daripada apa yang sering kalian lakukan selama ini. Kalau biasanya kalian menyampaikan masej menerusi tulisan, kini apakata kalau diperkuatkan lagi hujah-hujah kalian itu menerusi suara dan kata-kata. Sesungguhnya suara itu amat berpengaruh dan mampu saja sampai kepada satu jangkauan yang tidak terduga. Kalau ingin merasai revolusinya, marilah bersama-sama kami memeriahkan dunia penyiaran radio internet ini dan kalian rasai sendiri kesannya. Ingatlah! Menulis seolah-olah bercakap dengan pembaca blog kalian tidak sama dengan bercakap sambil berkongsi ilmu dan kepakaran kalian secara langsung dengan mereka. Sempena tahun baru ini, serlahkanlah bakat terpendam anda itu bersama kami di fuhyoofm dot com
P/s: Jangan lupa racnangan Dunia IE bersama Smartzul pada Khamis ini 07/01/10 jam 12.00 tgh dan ulanganya pada hari Rabu jam 02:00 petang.. hanya di fuhyoofm dot com.
Foto countdown malam tahun baru ..


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================

Do not enough cash to buy a building? Do not worry, just because that’s real to receive the loan to resolve all the problems. Thus take a short term loan to buy all you require.