Bila DjBlogger Jumpa DjBudak Sekolah
Salam siaran 1Malaysia
Sempat menjengok ke konti kejap tadi. Kelihatan DjBieha sedang keudara. Hai tak sekolah ker budak sekolah ni. Tak lah dia sekolah petang. So, sebelum pergi sekolah dia sempat singgah kat konti fuhyoofm dot com.
DjBieha sekarang dah naik form 2. Dah besar anak dara maknya ni
. Datang kontipun pakai baju sekolah. Itulah uniknya fuhyoofm dot com. Ramai Djnya budak sekolah. Tapi jangan salah sangka. Kami tidak sekali-kali mengeksploitasi budak-budak tu untuk kepentingan kami.
Mereka datang atas dasar minat. Lagi satu mereka menyedari mereka mempunyai bakat terpendam yang tidak dimiliki oleh orang lain. Tahniah kepada mereka kerana tidak semua orang sedar akan hal ini walaupun setiap daripada kita sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri.
Lagipun budak-budak itu adalah di antara ahli Kelab Media Radio Sekolah yang dipelopori Syarikat Fitrah Media Enterprise di sekolah mereka. Bukankah tujuan asal penubuhan radio internet FuhYooFM dot com adalah sebagai tempat latihan kepada ahli kelab ini untuk mengembangkan bakat mereka ‘keluar’ daripada lingkungan radio sekolah mereka.
Kini ditambah pula dengan penglibatan para blogger dan IM tempatan, maka makin meriahlah fuhyoofm dot com. Bukan sekadar meriah, lebih penting lagi diharap mereka akan membantu fuhyoofm dalam usaha menyemai jiwa usahawan ketika di awal usia. Biarlah anak-anak kita ini didedahkan selok belok dunia perniagaan ini ketika mereka masih muda lagi. Agar bila dewasa nanti semangat ini akan sebati dalam jiwa mereka. Labih penting lagi tunjukkan mereka cara yang betul selok belok perniagaan internet ini agar mereka tidak mudah ditipu oleh skim-skim yang mengarut apabila dewasa nanti.
Eh! Jauh pulak tersasar.. berbalik kepada tajuk asal tadi.. sebenarnya selepas DjBieha berkonti tadi, djIjad (Rohaizad.com) pulak masuk. Lihatlah gambar kat bawah ni. DjBlogger dan DjBudak sekolah berkongsi konti hanya berlaku di fuhyoofm dot com. Itulah uniknya fuhyoofm.com.
P/s: Jangan lupa dengarkan program DUNIA IE setiap hari Khamis jam 12 tgh dan ulangannya pada hari Rabu jam 2 petang.
Pertandingan REVIEW FUHYOOFM masih lagi berlangsung sehingga hujung bbulan ini. anda yang berminat boleh lihat DI SINI
Bro Ijad N DjBieha


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================
