Bengkel Di SK Kompleks Uda Lahirkan Bintang

{ Posted on Nov 11 2009 by fuhyoofm }

Salam siaran 1Malaysia

Tarikh 9 DAN 10 November 2009 telah tercatat dalam dairi kami team Fitrah Media Enterprise dan Radio Internet FuhYooFM sebagai di antara hari-hari yang cukup bermakna dalam usaha perkongsian ilmu yang kami usahakan selama ini. Pada tarikh tersebut, Team kami yang terdiri daripada En. Harun Omar (HBO), En. Marzuki Ismai(DjSenja), En. Badrul Zaman (Dj Badd) dengan dibantu tenaga sokongan kami Hanif, Amir dan Nash, kami sama-sama berganding bahu menjayakan Begkel Asas Penyiaran di SK Kompleks Uda (SKKU).

Image Hosted by ImageShack.us

Bengkel yang dianjurkan selama dua hari ini berjaya menarik penyertaan saramai hampIr 75 orang peserta daripada kalangan murid tahun 3,4 dan 5SKKU. Menerusi penganjuran selama 2 hari ini, kami telah berjaya mengesan bakat-bakat istimewa daripada    kalangan peserta. Mungkin selama inipun mereka sendiri tidak perasan akan bakat yang dimiliki. Akhirnya melalui bengkel ini segala bakat terpendam khususnya menerusi bidang penyiaran dapat kami cungkil.

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Bengkel pada hari pertama telah berlangsung dengan santai. Apa yang pasti peserta begitu seronok mendengar celoteh DjBadd. Boleh dikatakan beliau begitu  popular sekali di kalangan peserta. Mungkin berbekal ilmu sebagai bekas pendidik sebelum ini, DjBadd begitu bijak menarik perhatian peserta yanag terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Penceramah silih berganti. DjBadd mengakhiri sesinya pada hari pertama sekitar jam 11:30 pagi. Sesi perkongsian ilmu dalam Bengkel Asas Penyiaran ini di teruskan lagi penceramah seterusnya DjSenja. Sesuai dengan pengalamannya berbelas tahun sebagai DJ radio, tidak sukar baginya untuk memnaca apa sebenarnya  yang diingini oleh kebanyakan peserta yang hadir. Walau bagaimanapun, mengndalikan peserta berusia 9-11 tahun ini, bukanlah satu kerja mudah. Dalam soal ini DjSenja kena  tabik dengan cikgu-cikgu yang begitu sabar dan professional ketika berhadapan murid-murid seusia begini setiap hari.
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Sesi seterusnya bersambung pada sebelah petang selepas rehat makan tengahari selama 1jam 30minit. Kini tiba pula giliran HBO berkongsi ilmu dan pengalamannya dalam bidang pemberitaan. HBO ni memang pakar berita. Daripada mencari berita, buat berita sehinggalah kepada kerja-kerja penyuntngan berita. Dalam sesi perkongsian ilmu ini, HBO telah menyentuh mengenai teknik-teknik pemberitaan terkini, arah dan aliran pemberitaan meggunakan media baru (aplikasi internet) dan macam-macam lagi tips dalam pemberitaan khususnya pemberitaan media elektronik (radio dan tv).

Sedang peserta bengkel begitu khusuk mendengar celoteh penceramah, tiba-tiba kami semua dikejutkan dengan kehadiran krew EDU Web TV dan Bernama TV. Rupanya mereka dapat menghidu aktiviti kami di SKKU ini. Mereka menyifatkan program ini menarik dan ada nilai berita untuk di pertontonkan kepada khalayak mereka. Maka lebih meriahlah bengkel ini. Para peserta amat teruja apabila gambar mereka dirakam untuk siaran di television.

Image Hosted by ImageShack.us

Pada hari kedua, peserta lebih banyak didedahkan dengan latihan praktikal. Kalau pada hari pertama banyak teori yang dikongsi, pada hari kedua peserta berpeluang merasai sendiri suasana sebenar bersiaran di konti radio apabila Radio internet FuhYooFM turut sama mengadakan mini studio di tempat bengkel berlangsung. Peserta lebih teruja untuk mencuba menjadi dj, pembaca berita, penerbit dan sebagainya.

Di akhir bengkal, semua peserta diwajibkan membuat persembahan(presentation) Maka para peserta ini telah dibahagikan kepada  bebrapa team/kumpulan. Menariknya cikgu pemantau telah sepakat menamakan kumpulan peserta ini mengikut nama stasen radio yang terdapat di Negara kita. Maka lahirnya team Hotfm, team Erafm, team Sinarfm, team mixfm, team riafm dan banyak lagi. Team Best104pun ada.. heheeh…

Keseluruhan bengkel berjalan seperti dirancang. Malah kami menerima kejutan demi kejutan. Selepas kehadiran krew EDU Webtv dan Bernamatv, kami sekali lagi dekujutkan dengan kemunculan tiba-tiba Tn Hj Adam Sumiru ADUN Tanjung Puteri. Beliau meluangkan masa hampir satu jam melihat proses pembelajaran dalam bengkel ini dijalankan.
Image Hosted by ImageShack.us
Peserta bengkel juga amat bertuah kerana berpeluang menyaksikan secara live persembahan DJ DJ fuhyoofm dari SMK BBU antaranya DjAmm, DjAnn, DjShah,DjHanz dan penerbit Anne.
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Cikgu Ahmad Guru Penolong Kanan SKKU

Bengkel selama dua hari itu talah dirasmikan oleh Guru Besar SKKU Pn Hjh Thalasawati. Kami Team Fitrah Media Enterprise merakan ucapan terima kasih tak terhingga kepada tenaga kerja SSKU khusunya guru-guru pembimbing Kelab Media Radio Sekolah yang telah memberikan kerjasama yang cukup baik sehingga bengkel kali ini berjalan dengan baik sekali. Terutama sekali kepada cikgu Mat, cikgu Wahidah, cikgu Nurul, Cikgu Wan, Cikgu Mistan, Cikgu Uzaini, cikgu Haslinda dan ramai lagi. Ada yang tak tersebut namanya mintak maaf banyak-banyak cikgu. Sesungguhnya tanpa kerjasama anda semua tidak mungkin bengkel ini berlangsung begitu sempurna.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan Pusat Kegiatan Guru (PKG), en. Ismail, pn Rodziah dan cik Liza yang telah memberi kebenaran kepada kaimi untuk menggunakan dewan mereka bagi menjalankan bengkel ini. Dengan kemudahan  yang cukup selesa sedikit sebanyak telah membantu peserta menerima perkongsian ilmu ini dengan begitu baik sekali.

Akhir sekali kepada warga SKKU, kunci bilik studio radio sekolah telahpun Tean Fitrah Media serahkan kepada pihak pengurusan, kini menjadi tugas dan tanggungjawab anda semua untuk menjadikan ianya sebagai asset yang bernilai yang mampu membantu meningkatkan proses pembelajaran di kalangan murid-murid atau sebaikyan. Segalanya terletak di tangan anda. Kami ucapkan selamat maju jaya dan selepas ini FuhYooFM menanti produk daripada SKKU untuk mengisi slot personality.

Jumpa lagi.


One Response to “Bengkel Di SK Kompleks Uda Lahirkan Bintang”

  1. Tahniah kepada Team Fuhyoofm (memuji sendiri pulak..hehe) kerana berjaya menyudahkan Bengkel Asas Penyiaran di SK Kompleks Uda dengan jayanya. Ucapan terima kasih seharusnya diberikan kepada Abg Marzuki dan Pak Haron (HBO) kerana merekalah yang menjadi tulang belakang di atas kelancaran bengkel ini.

    Insyallah kalau takde aral melintang saya akan turun padang lagi untuk join bengkel ni pada masa akan datang.

    Kalau ada apa2 yang boleh saya bantu, sila email kan ke alamat email saya seperti yang tertera di atas.Ataupun hantarkan sms anda ke 013-7355700.

    Jangan lupa ya..

Post a Comment