Bengkel Asas Penerbitan SM Teknik JB
Salam Siaran 1Malaysia
Apa khabar anda pembaca blog ini. Semoga semuanya dalam keadaan sihat walafiat. Kami di fuhyoofm dot com sentiasa mendoakan kesejahteraan anda semua. Dalam masa sama kami alu-alukan kunjungan anda ke blog kami sambil dihiburkan dengan lagu-lagu dari radio internet kami.
Baiklah pagi tadi kami baru saja habis berbengkel di Sekolah Teknik Johor Bahru. Menariknya bengkel kali ini dikhususkan untuk para guru yang terlibat dalam program Kelab Media Radio Sekolah yang dianjurkan oleh fitrah media enterprise. Sekolah ini bakal mengendalikan siaran dalaman radio sekolah mereka tidak lama lagi.
Semua prasarana sudah siap, cuma menunggu masa untuk dilancarkan. tapi sebelum segalanya bermula, para guru terlibat perlu didahkan terlebih dahulu mengenai selok belok bidang penyiaran ini. Ya lah mereka tu semuanya guru, nak suruh jadi DeeJay pulak. Memanglah ada problem sikit. Tapi itu bukanlah alasan untu tidak terlibat dalam bidang yang cukup menarik ini.
Rata-rata dari maklum balas yang diterima selepas bengkel berakhir sekitar jam 12 tgh(hari Jumaat sekolah berakhir awal), semuanya menunjukkan semangat dan minat yang tinggi. Malah ada kalangan guru ini yang telah biasa menggunakan perisian untuk broadcasting. Contohnya Audacity yang digunakan secara meluas untuk kerja-kerja suntingan(editing), Sam 4 untuk tujuan bersiaran dan sebagainya.
Jadi bertambah mudahlah tugas kami. Tak payahlah nak tunjuk ajar satu persatu. Proses pembelajaranpun menjadi lebih simple dan santai. Di akhir bengkel semuanya kelihatan berpuas hati. Kami dari team fuhyoofmpun rasa lega. Di sini kami ambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah khusunya Tn Pengetua yang begitu sporting, Cg Fatimah selaku Guru Penolong Kanan Koko yang bertungkus lumus menyiapkan segalanya sehingga program pada hari ini berjalan lancar.
Terima kasih juga kepada Ustz Spfian yang memang dabomb, cikgu Diana, Cikgu Noraini, Cikgu Sihat, Cikgu Rosli, en Mu ‘ az dan ada beberapa oranag lagi yang tidak sempat disebutkan nama mereka di sini. Tanpa kerjasama semua, pastilah program ini tidak dapat berjalan lancar.
Itu mengenai Bengkel Asas Penerbitan bersama gur-guru. Kami difahamkan Bengkel Asas Penyiaran untuk pelajar akan dimulakan selewat-lewatnya pada penghujung February nanti. Ini semua untuk memberi peluang kepada pelajar yang baru mendaftar di SMT Jb dapat turut sama menyertai kelab ini nanti.
Tn Hj Hasbi Pengetua SM Teknik Johor Baru
Hjh Fatimah GPK Koko SM Teknik Johor Bahru
Ada gaya. Uztaz Sofian sedang menyampaikan tazkirah
En Mu’az dan Cikgu Diana
DjSenja menemubual Hjh Fatimah
Masing-masing tak lepas peluang mencuba peralatan studio


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================

I think that if you have a blog, then it is what you need.
Tell people about something, someone is advertising, to somebody else for something else.
Personally, I think so.
Here I have a blog about my travels, but I can not share them with people, because somebody would write that this is spam.
A hoster will also kick