Dengar FuhYooFM

Kami Adalah Media Altenative Kepada Pengguna Internet Yang Dahagakan Informasi Dan Dalam Masa Sama Inginkan Sedikit Hiburan Untuk Hilangkan Tension.
Ya! Kalau anda jenis yang hanya suka mendengar lagu sepanjang masa, kami mungkin bukan pilihan yang tepat. Sebab kalau anda dengar Radio Internet FuhYooFM, anda mungkin akan terganggu mendengarkan suara-suara DJ kami yang terdiri daripada budak-budak sekolah.
Tapi awas! Kecil Jangan DiSangka Anak. Besar Jangan DiSangka Bapak. Anak-anak ini telah kami latih secukupnya sebelum dibenarkan bersiaran live di radio.
Malah ada di antara mereka(seperti DjAmm), bakatnya telah digilap sehingga berjaya merangkul gelaran Personaliti Terbaik dalam pertandingan Rakan Media di UiTM JB April 2008.
Terima kasih kerana terus bersama kami. Untuk Lebih Mengenali Kami, Selalu-Selalulah Dengarkan kami DI SINI

Bilik Konti Radio Internet Fuhyoofm



FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


