Tolonglah! Kami Dah Buntu Ni…
Salam Saiaran 1 Malaysia
Minggu lepas Kami dapat panggilan daripada salah seorang guru media Sekolah Kebangsaan Tasek Utara. Masalahnya berkaitan PA Sistem konti dan software yang dipasang di studio tidak berfungsi dengan baik. Kami menjangkakan berlaku kerosakan peralatan atau pada file yang dipasang.

Guru-guru media SK Tasek Utara sedang tekun mengaplikasikan peralatan di studio
Dalam kesibukan membuat persiapan untuk Bengkel Asas Penyiaran yang bakal berlangsung di Sekolah Teknik Johor Bahru pada hujung minggu ini, baru semalam kami berkesemptan ke sekolah tersebut. Selepas membuat pemantauan, didapati sistem peralatan yang dipasang tidak menghadapi masalah.
Semuanya berada dalam keadaan baik. Begitu juga dengan file-file software yang digunakan untuk bersiaran, semuanya ok ok ajer.
Masalahnya ialah kemahiran menggunakan peralatan tersebut. Memang diakui agak sukar untuk menguasai kemahiran seperti mengendalikan pralatan studio seperti itu. Ada orang bila melihat kabel berselirat
dah pening kepala. Bila dah sambung ke mixer, power Amp dan sebagainya lagilah pening. Tapi percayalah kemahiran itu akan hadir apabila kita selalu mepraktikkannya. Alah bisa tegal biasa kan…

Eeee... kelakarnya suaraku... hahahaaa
Jadi pada petang tu kami ambil masa untuk menurunkan ilmu sekali lagi kepada kalangan guru-guru media di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara ini.Moga selepas ini peralatan studio mereka dapat berfungsi dengan baik dan lebih penting dapat dimanfaatkan penggunaannya kepada murid sekolah terbabit. Kami di Fitrah Media Enterprise akan sentiasa memantau dan memberikan sokongan berterusan, InsyaAllah!


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================
