Review Bengkel Kong Xi Fa Choi
Salam Siaran 1Malaysia
Esok kita akan menyambut satu lagi perayaan rakyat Malaysia. Tahun Baru Cina; dirayakan oleh rakyat Malaysia keturunan cina. Jadi kami di fuhyoofm mengucapkan Kong Xi Fa Coi kepada rakan-rakan cina yang mendengar Fuhyoofm.
Semalam pula sekitar jam 12:50 tgh, telahpun diumumkan keputusan Pertandingan Review Fuhyoofm yang telah berlangsung selama sebulan. Bermula 12tgh malam 1 Januari 2010 sehinggalah 12 tgh malam 1 February 2010. Maka terjawablah siapakah pemenangnya dan hadiah wangtunai RM300 telah selamat di masukkan ke akaun pemenang. Wah! dapat angpau awal nampaknya mereka.
Tahniah kepada Bluedianthus, LuvLeev dan ikhtiarudin. Review kalian telah menepati ciri-ciri yang kami inginkan dan yang penting kami melihat ada kesungguhan di situ. Kalau anda membaca kembali review mereka, anda akan lihat konsep bercerita yang disampaikan secara santai membuatkan rasa ingin tahu kita menbuak-buak apakah sebenarnya fuhyoofm.com. Diharap pemenang yang 3 orang itu sudi bekerjasama dengan fuhyoofm di masa-masa akan datang.
Itu cerita tentang keputusan review fuhyoofm. Kita tinggalkan soal itu dan beralih pula kepada aktiviti yang berlaku hujung minggu lepas.
Pada 6 dan 7 February 2010, kami Team FitrahMedia Enterprise (FMe) telah selamat menganjurkan Bengkel Asas Penyiaran di salah sebuah sekolah kebangsaan di Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, sebuah lagi sekolah yang menggunapakai konsep Koko Kelab Media Radio Sekolah yang kami perkenalkan.
Seramai 40 orang murid dari tahun 4,5,dan 6 telah dipilih mengikuti bengkel selama 2 hari itu. Murid-murid ini pula terdiri daripada pelbagai kategori. Ada yang memang jenis banyak bercakap, ada yang agak pendiam, ada yang terlalu aktif dan ada juga yang macam keliru gitu! Perkara ini diakui sendiri oleh guru pembimbing mereka iaitu Puan Habsah dan Puan Hana.
Namun apa yang berlaku sewaktu dan selepas bengkel berlangsung sama sekali berbeza daripada kerektor sebenar mereka. Perkara ini agak memeranjatkan kalangan guru-guru. Apa tidaknya murid yang selama ini dicop sebagai kepoh, jadi kaku apabila diberi microphone. Sebaliknya murid yang disangka pendiam, telah menyerlahkan bakat dan kebolehan mereka bercakap cara orang penyiaran.
Memang benar ya, cara bercakap di luar dan cara bercakap orang radio agak berbeza. Malah terlalu jauh berbeza. Banyak kes yang saya temui sepanjang hampir 15 tahun terlibat dalam dunia penyiaran ini, ramai jurukepoh hebat di luar sana, jadi tak tahu nak cakap apa bila berhadapan dengan microphone.
Menurut kajian yang saya baca, perkara kedua paling ditakuti selain mati ialah bercakap di depan ramai. Huhu.. begitu sekali ya. Tapi berbeza pula keadaannya bagi mereka yang kelihatan agak pendiam. Hakikatnya golongan jenis ini agak mesra microphone. Ada saja idea yang terlintas apabila sudah mula bercakap. Sehingga muncul satu gelaran pantang jumpa microphone ataupun habislah kalau sianu tu dah dapat microphone!
Sebenarnya sayapun jenis yang macam tu. Dulu masa di sekolah, saya adalah murid paling pendiam. Sampai sekarangpun saya agak pendiam orangnya:) Tapi pendiam saya bertempat. dan satu lagi, sebab saya minat sangat-sangat bidang penyiaran ini khususnya penyiaran radio. Jadi bila ada peluang, saya akan paksa diri saya untukĀ bercakap dan buangkan persaan malu. Kerana saya tahu perasaan malu itu akan menjadi tembok penghalang untuk saya petah bercakap.
Berbalik kepada Bengkel asas Penyiaran yang berlangsung di sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri pada hujung minggu lepas, keseluruhannya berjalan lancar. Perkara ini dapat kami fahami daripada reaksi dan respon Tuan Guru Besarnya iaitu Tuan Haji Rodhuan yang ternya amat gembira apabila anak-anak muridnya mampu menyerap ilmu penyiaran yang dikongsi para ko-ordinator dengan baik. Malah sewaktu sessi presentation, beliau kelihatan amat teruja melihat kemampuan murid-muridnya mempersembahkan bakat mereka. Jadi tidak hairanlah, sekiranya suatu hari nanti akan muncul ikon penyiaran negara daripada sekolah kebangsaan Tanjung Puteri. Sama-samalah kita doakan.
Akhir kalam jutaan terima kasih kepada tuan Guru Besar dan semua warga Sekolah Tanjung Puteri atas kerjasama yang diberikan sepanjang 2 hari berbengkel. Sesungguhnya segala kebaikan tuan-tuan dan puan-puan, hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya. Dari kami para ko-ordinator HBO, DjSenja dan DjBadd mengucapkan selamat maju jaya. Sesungguhnya nama Tanjung Airwave dengan tagline The Voice of Tomorrow yang dipilih sebagai nama stesen radio sekolah ini amat unik dan memikat. Teruskan perjuangan dalam memeriahkan dunia penyiaran di Malaysia.
Salam.


FuhYooFM.com adalah radio internet berkonsepkan pendidikan. Menyedari pentingnya perkongsian ilmu yang betul ketika masih di awal usia, kami mengambil tanggungjawab ini demi melihat generasi akan datang mampu seiring dengan bangsa-bangsa yang telah maju. |


===========================================
