16 Dec: Cuma 1 Hari Lagi

{ Posted on Dec 15 2009 by fuhyoofm }

Salam Siaran 1Malaysia

Cuma tinggal 1 hari saja lagi. Esok adalah harinya. Majlis pelancaran akan
bermula jam 8:30 malam. Tempatnya di ruang legar Fitrah media Commercial Center -FMCC-

Di antara tetamu yang dijangka hadir YB Tn Hj Adam Sumiru ADUN Tg Puteri yang akan merasmikan majlis. Pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Johor Bahru. Guru-guru dan pelajar daripada kelab media radio sekolah dalam DUN Tg Puteri. Ada juga ibu bapa pelajar yang kami undang.

Selain itu paling istimewa kehadiran para blogger selatan yang dikepalai Bro Ijad, bro Zamrin, bro Smartzul, bro WanMus, bro Cyza a.k.a zaki  dan ramai lagi.  Kenapa kami katakan istimewa kerana diorang ni memang pakar dalam soal promosi dan cara cari duit yang betul di internet. Sudah tentu ini memberi kelebihan kepada fuhyoofm, pelajar dan gang di luar sana.

Terima kasih tak terhingga kepada dia orang  yang sudi menerima undangan ini. Sesungguhnya mereka membawa nama dan kredibiliti. FuhYooFM amat perlukan mereka. InsyaAllah kami akan letakkan mereka di tempat  sepatutnya sebagai tanda terima kasih kami kepada mereka yang dengan rela hati mempertaruhkan nama dan pengaruh. Dengarkanlah kemunculan mereka di fuhyoofm sedikit masa lagi.
Sudah pasti ini akan  membuka lembaran baru dalam dunia Radio Internet di negara kita sebagai salah satu bentuk promosi yang tidak boleh dipandang remeh.
Doakan kami berjaya.

Post a Comment